Saturday, January 31, 2009

akhirnya...

akhirnye,berakhir sudah cuti semester 2 ku..huhu..nnt start sem 3 pulak...start bz juga..hahaha...
hopefully,sem ni,lg best dr sem2 yg lps...boringnye dlm bilik sorg2..huhu...rummit ku xbalik lg..tido sorg le jwpnye mlm ni..hahhaahaha...k la kwn2...ku nk pi siap2..mau pegi umbai!!!hahaha..lapar n terliur mengingatkn udang bakar sme..pergh!!sedap gle...rugi xgi..haha..tata..see u soon..

Wednesday, January 28, 2009

...holidays pix...






Having fun during holidays!!!xpuas bercuti..huhu..

Wednesday, January 21, 2009

PLKN???

aritu,ku terime CD yg ketua dorm ku antar..hehe..ingat kn ape la yg dlm CD tu,kne2 gambar2 mase PLKN..hehe..baru hari ni ku bkk CD tu..klakar pulak ble ingat2 balik pasal kt kem dulu..haha...rindu pulak kt korg,bdk2 dorm5 kem semarak,pekan,pahang..mcm2 gelagat ble pk2 balik..haha..but the best part is menembak..yg tu paling best..peluang sekali seumur idup beb!!hahaha...tp,ku xla enjoy sgt sebnrnye gi sane..huhu..sbb ku bkn jenis yg ske mcm tu...hehe..ape pn,thnx to 'adik' coz antar CD ni..and hope blh jumpe korg smule n cikgu musy..comeylest cikgu in kem..haha..



cake!!!

Pick your cake, and then look to see. Take this Cake Personality Test
If you were buying a cake and you had your choice of the following, which would you choose?

* Angel food
* Brownies
* Lemon Meringue
* Vanilla with Chocolate Icing
* Strawberry Cheese Cake
* Chocolate on Chocolate
* Ice Cream
* Carrot Cake


OK - Now that you've made your choice, this is what research says about you! NO... . you can't change your mind once you scroll down! So think carefully, what your choice will be!!!


No peeking until you choose!!!

Scroll down . . . . . . . .. . . . . . . ... ... .. . . . .





* Angel food ... Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy
items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being child-like and immature at times.

* Brownies . You are adventurous, love new ideas, are a champion of Underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your sabre. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

* Lemon Meringue... Smooth, sexy, & articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

* Vanilla with Chocolate Icing ... Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life, very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad, however, you are a friend for life.

* Strawberry Cheese Cake... Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.

* Chocolate on Chocolate ... Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.

* Ice Cream... You like sports, whether it is baseball, football,
basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

* Carrot Cake... You are a very fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

love pillows!!!

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal
ciannye... gi le kedai beli satu..

lipstick???

Pemilihan warna lipstik mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. mari kita lihat.

Lip Gloss Tanpa Warna
Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, mereka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan simple yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.

Warna Pink Berkilat
Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

Warna Coklat
Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Warna Ungu
Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

Warna Oren
Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Warna Merah
Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

3 rahsia lelaki

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

rahsia tdo

Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.

JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.

TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.

PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.

ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.

FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)

Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.

PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.

tarikh lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. - Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

tarikh lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. -
Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

kenali diri anda...

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
* Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
* Suka smart, kemas dan teratur
* Bersifat sensitif , berfikiran mendalam
* Pandai mengambil hati org lain
* Pendiam kecuali telah dirangsang
* Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
* Cukup sayang pd kanak-kanak
* Suka duduk rumah
* Setia pada segala-galanya
* Perlu belajar kemahiran sosial
* Cukup cemburu yg sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak
* Sukakan benda yang reality dan abstrak
* Inteligent, bijak dan genius

* Berpesonality yg mudah berubah
* Mudah menawan org lain
* Agak pendiam
* Pemalu dan rendah diri
* Jujur dan setia pd segalanya
* Keras hati untuk mencapai matlamat
* Tidak suka dikongkong

* Mudah memberontak apabila dikongkong
* Suka kegiatan yg lasak
* Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
* Mudah mempamirkan marahnya
* Tidak suka benda yg remeh-temeh
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
* Sangat berani dan suka memberontak
* Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya

* Pemerhatian yg tajam
* Suka hiburan dan sukan
* Suka benda yg bersifat seni
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

* Berkecenderungan pd benda yg tahyul

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
* Belajar untuk mempamirkan emosi


MAC
* Berpesonaliti yg menarik dan menawan

* Mudah didampingi
* Sgt pemalu dan pemendam rasa

* Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati

* Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran

* Suka pada kedamaian

* Sgt peka kepada orang lain

* Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
* Tidak cepat marah dan sangat amanah

* Tahu balas budi dan tahu kenang budi

* Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
* Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
* Suka berangan-angan
* Suka melancong
* Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
* Kelam kabut dalam memilih pasangan
* Suka dgn hiasan rumahtangga
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik

* Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
* Jgn terlalu moody

APRIL
* Sgt aktif dan dinamik
* Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
* Sgt menarik dan pandai manjakan diri

* Punya daya mental yg sangat kuat
* Suka diberi perhatian

* Sgt diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
* Sgt berani dan tiada perasaan takut
* Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
* Emosi cepat terusik
* Try control the emotion

* Kecenderungan bersifat dendam

* Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan

* Kuat daya ingatan
* Gerak hati yg sangat kuat
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada

* Sgt cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Kekerasan hati & degil

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi
* Pemikiran yg tajam

* Mudah marah apabila tidak dikawal

* Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian

* Perasaan yg amat mendalam

* Cantik dr segi mental & fizikal

* Tidak perlu dimotivasikan
* Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
* Mudah dipujuk
* Bersikap sistematik (otak kiri)
* Suka berangan

* Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu

* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit

* Daya khayalan yg tinggi
* Permikiran yg tajam

* Pandai berdebat
* Fizikal yg baik

* Kelemahan sistem pernafasan

* Suka sastera,seni & muzik serta melancong
* Tidak berapa suka duduk dirumah

* Tidak boleh duduk diam

* Tidak punya ramai anak

* Rajin dan bersemangat tinggi

* Agak boros



JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan

* Mudah ditawan krn sikap baik

* Berperangai yg lemah lembut
* Mudah berubah sikap,perangai,idea @mood

* Idea yg terlalu banyak dikepala
* Bersikap sensitif

* Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
* Sukar melakukan sesuatu dgn segera
* Bersikap suka menangguh-nangguh
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
* Cepat marah & cepat sejuk

* Suka bercakap & berdebat
* Suka buat lawak & bergurau
* Otaknya cerdas berangan-angan

* Mudah berkawan & pandai berkawan
* Org yg sangat tertib

* Pandai mempamerkan sikap

* Mudah kecil hati

* Mudah kena selsema

* Suka berkemas
* Cepat rasa bosan
* Sikap terlalu memilih & cerewet
* Kurang mempamerkan perasaan
* Lambat nak sembuh apabila terluka hati
* Suka kepada barang yang berjenama

* Mudah menjadi eksekutif
* Kedegilan yg tidak terkawal
* Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


JULAI
* Sangat seronok didamping

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
* Agak pendiam kecuali dirangsang
* Ada harga dan maruah diri
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus
* Sangat menjaga hati orang lain
* Sangat peramah
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
* Berjiwa sentimental
* Jarang berdendam
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
* Tidak suka benda remeh-temeh
* Membimbing cara fizikal dan mental
* Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang

* Layanan yg serupa dgn semua orang
* Tinggi daya simpati * Pemerhatian yg tajam
* Suka menilai org lain dgn pemerhatian
* Mudah dan rajin belajar

* Suka muhasabah diri
* Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama

* Suka mendiamkan diri
* Suka duduk dirumah
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
* Tak agresif kecuali terpaksa
* Lemah dari segi kesihatan perut
* Mudah gemuk kawal tak kawal diet

* Minta disayangi
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih
* Terlalu mengambil berat
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak
* Mudah tertawan kepadanya
* Sopan santun dan caring terhadap org lain
* Berani dan tidak tahu takut

* Orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
* Pandai pujuk org lain
* Terlalu pemurah & bersikap ego
* Nilai harga diri yg sangat tinggi
* Dahagakan pujian
* Semangat juang yg luar biasa
* Cepat marah & mudah mengamuk
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan
* Sangat cemburu
* Daya pemerhatian yg tajam & teliti
* Cepat berfikir
* Fikiran yg berdikari
* Suka memimpin & dipimpin
* Sifat suka berangan
* Berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk

* Cepat apabila ditimpa penyakit
* Belajar utk relax

* Sikap kelam kabut
* Romantik ,pengasih,penyayang
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur
* Sangat cermat, teliti & teratur
* Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
* Pendiam tapi pandai bercakap
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
* Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
* Kerja yg dilakukan sangat sempurna
* Sangat sensitif yg tidak diketahui
* Org yg banyak berfikir
* Daya pentaakulan yg baik
* Otak bijak & mudah belajar
* Suka mencari maklumat
* Kawal diri dari terlalu mengkritik
* Pandai mendorong diri sendiri
* Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
* Suka sukan,hiburan & melancong
* Kurang menunjukkan perasaannya
* Terluka hatinya sangat lama disimpan
* Terlalu memilih pasangan
* Sukakan benda yg luas
* Bersistematik


OKTOBER
* Suka sembang
* Suka org yg sayang padanya
* Suka ambil jln tengah
* Sangat menawan & sopan santun
* Kecantikan luar & dalam
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura
* Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
* Sentiasa berkawan
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
* Cepat marah
* Macam pentingkan diri sendiri
* Tidak menolong org kecuali diminta
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri
* Tidak suka terima pandangan org lain
* Emosi yg mudah terusik
* Suka berangan & pandai bercakap
* Emosi yg kelam kabut
* Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
* Suka melancong, bidang sastera & seni
* Pengasih, penyayang & lemah lembut
* Romantik dlm percintaan
* Mudah terusik hati & cemburu
* Ambil berat tentang org lain
* Suka kegiatan luar
* Org yg adil
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara
* Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
* Berfikiran kehadapan
* Berfikiran unik dan bijak
* Penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
* Pemikiran yg tajam
* Daya firasat yg sgt halus dan tinggi
* Bagus utk jadi doktor
* Cermat dan teliti
* Personality dinamik
* Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
* Berani, pemurah setia dan byk kesabaran
* Terlalu degil dan keras hati
* Apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
* Tak suka marah kecuali digugat
* Mudah ambil berat terhadap orang lain
* Pandai muhasabah diri
* Cara berfikir lain dari org lain
* Otak yg sangat tajam
* Pandai mendorong diri sendiri
* Tidak hargai pujian
* Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
* Cuba sampai berjaya
* Badan yg tough
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantik
* Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
* Suka duduk dirumah
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
* Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
* Bercita-cita tinggi
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah
* Bersifat patriotik
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
* Bercita-cita tinggi
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
* Seronok didampingi
* Suka bercampur dgn org
* Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
* Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
* Tidak pandai berpura-pura
* Cepat marah
* Perangai yg berubah-ubah
* Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
* Benci pada kongkongan
* Suka berlawak
* Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik


p/s: kajian dato fadzillah kamsah